Mengapa Perlu Laksana Korban?
Kita perlu memahami tujuan sebenar ibadat korban adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menurut tuntutan-Nya.
Setiap amal ibadat yang dilakukan perlulah bertujuan untuk meraih keredaan Allah, sekiranya perkara asas itu difahami dengan betul, maka amalan korban akan diterima oleh Allah.
Dengan itu, marilah bersama Korban Ikhlas untuk melaksanakan ibadat korban dan kami akan pastikan ibadat korban anda akan dipermudahkan.
Kelebihan Korban Ikhlas
Mengapa anda perlu memilih kami sebagai pelaksana ibadah korban anda
Pakej Korban Ikhlas
Sila pilih pakej korban yang ingin dilaksanakan
Langkah-Langkah Mendaftar
Pilih jenis haiwan yang anda ingin anda korbankan pada tahun ini
Lakukan pembayaran dan tandakan (/) pada ruang akad korban anda.
Notifikasi Whatsapp akan dihantar mamklumkan tempahan berjaya.
Galeri Korban Ikhlas
Rangkuman pelaksanaan aktiviti Korban Ikhlas 2023
"Sesungguhnya amal ibadah kamu dan apa yang kamu sembelihkan tidak akan pernah sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada Allah adalah taqwa dari kamu."
(Quran, Al-Hajj:37)
Korban Ikhlas adalah sebuah pertubuhan dengan kerjasama Yayasan Ikhlas dan telah beroperasi selama 9 tahun dalam melaksanakan amanah orang ramai untuk korban khususnya.
Yayasan Ikhlas pula ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Korban Ikhlas berpengalaman menjalankan ibadah korban selama 9 tahun berturut-turut.
Korban Ikhlas menawarkan pilihan kepada pelanggan untuk menunaikan ibadah korban mengikut kepada kemampuan mereka. Ini adalah untuk menggalakkan umat Islam dari pelbagai taraf hidup untuk menunaikan syariat ibadah korban.
Untuk melihat gambar aktiviti program sembelihan boleh layari facebook kami KorbanIkhlas.com. Kami tidak menawarkan perkhidmatan gambar sembelihan korban kepada individu disebabkan kuantiti haiwan korban yang banyak serta tempoh pelaksanaan korban yang terhad.