8 tahun di 9 buah negara, Korban Ikhlas terbukti mampu menggalas amanah umat Islam di dalam dan luar negara.
Kami akan pastikan ibadah korban anda terlaksana dengan mudah dan selamat.
Kepada peserta Korban Ikhlas 2022 yang dihormati, Perkongsian visual ibadah korban akan dikemaskini dari masa ke masa untuk makluman semua peserta di Channel Telegram Korban Ikhlas.
Proses ini akan mengambil masa bergantung kepada komitmen rakan kerjasama di negara berkenaan.
Kami komited untuk memuat naik visual berkenaan sebaik ia tersedia.
Korban Ikhlas adalah salah sebuah kempen ibadah korban yang dijalankan oleh Yayasan Ikhlas.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Korban Ikhlas berpengalaman menjalankan ibadah korban selama 8 tahun berturut-turut.
Korban Ikhlas menawarkan pilihan kepada pelanggan untuk menunaikan ibadah korban mengikut kepada kemampuan mereka. Ini adalah untuk menggalakkan umat Islam dari pelbagai taraf hidup untuk menunaikan syariat ibadah korban.
Korban Ikhlas menyediakan sijil berbentuk digital dan sijil tersebut akan dihantar melalui email.
Untuk melihat gambar aktiviti program sembelihan boleh layari Telegram kami https://t.me/korbanikhlasdotcom Kami tidak menawarkan perkhidmatan gambar sembelihan korban kepada individu disebabkan kuantiti haiwan korban yang banyak serta tempoh pelaksanaan korban yang terhad.