Cepat! Laksana Ibadah Korban Tahun Ini!

  • 00Hari
  • 00Jam
  • 00Minit
  • 00Saat
Polisi Perkhidmatan, Penghantaran & Serahan

1. Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan kami merangkumi urusan pembelian bahagian lembu korban, penyembelihan mengikut syarak, proses melapah, pembahagian daging serta agihan kepada pihak yang ditetapkan (jika berkenaan).


2. Pematuhan Syariah (Islamic Compliance)

  • Semua urusan ibadah korban dilaksanakan selaras dengan hukum dan garis panduan syarak.
  • Haiwan korban dipastikan memenuhi syarat sah korban dari segi umur, kesihatan dan bebas daripada kecacatan.
  • Proses penyembelihan dilakukan oleh penyembelih Muslim yang berkelayakan, dengan menyebut nama Allah serta memenuhi rukun dan syarat sah sembelihan.
  • Pelaksanaan korban dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik.
  • Agihan daging dilakukan mengikut keutamaan yang dianjurkan dalam Islam, khususnya kepada golongan asnaf dan yang memerlukan.

3. Lokasi Pelaksanaan Korban

Ibadah korban akan dilaksanakan di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak kami sama ada di dalam atau luar negara, berdasarkan pakej yang dipilih oleh pelanggan.

Bagi pelaksanaan korban di luar negara, urusan penyembelihan dan agihan akan diuruskan oleh rakan pelaksana yang dilantik oleh pihak kami yang mematuhi keperluan syariah dan piawaian operasi yang ditetapkan.


4. Tempoh Pelaksanaan

Penyembelihan akan dilakukan pada hari raya pertama hingga hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) mengikut ketetapan syarak.


5. Kaedah Penghantaran / Agihan Daging

Agihan Standard

  • Daging korban akan diagihkan terus kepada golongan asnaf dan masyarakat setempat di lokasi korban.

6. Tempoh Penghantaran

  • Penghantaran daging (jika disediakan) akan dibuat dalam tempoh 3 hingga 7 hari bekerja selepas hari penyembelihan.
  • Tempoh mungkin berubah bergantung kepada faktor logistik, cuaca, atau jumlah tempahan.

7. Tanggungjawab Pelanggan

  • Pelanggan perlu memastikan maklumat penghantaran adalah tepat dan lengkap.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kegagalan penghantaran akibat maklumat yang tidak tepat.

8. Pengesahan Pelaksanaan

Pelanggan akan menerima bukti pelaksanaan korban seperti gambar, video atau laporan ringkas (jika disediakan dalam pakej).


9. Polisi Kelewatan & Keadaan Luar Jangka

Sekiranya berlaku kelewatan disebabkan faktor luar kawalan seperti bencana alam, gangguan logistik atau isu teknikal, pihak kami akan memaklumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa.


10. Polisi Pembatalan & Bayaran Balik

  • Pembatalan selepas tempahan disahkan mungkin tidak layak untuk bayaran balik.
  • Sebarang permohonan pembatalan tertakluk kepada terma dan kelulusan pihak pengurusan.

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban)."

"Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”