Perkhidmatan kami merangkumi urusan pembelian bahagian lembu korban, penyembelihan mengikut syarak, proses melapah, pembahagian daging serta agihan kepada pihak yang ditetapkan (jika berkenaan).
Ibadah korban akan dilaksanakan di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak kami sama ada di dalam atau luar negara, berdasarkan pakej yang dipilih oleh pelanggan.
Bagi pelaksanaan korban di luar negara, urusan penyembelihan dan agihan akan diuruskan oleh rakan pelaksana yang dilantik oleh pihak kami yang mematuhi keperluan syariah dan piawaian operasi yang ditetapkan.
Penyembelihan akan dilakukan pada hari raya pertama hingga hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) mengikut ketetapan syarak.
Pelanggan akan menerima bukti pelaksanaan korban seperti gambar, video atau laporan ringkas (jika disediakan dalam pakej).
Sekiranya berlaku kelewatan disebabkan faktor luar kawalan seperti bencana alam, gangguan logistik atau isu teknikal, pihak kami akan memaklumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa.
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban)."
"Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.