Cepat! Laksana Ibadah Korban Tahun Ini!

  • 00Hari
  • 00Jam
  • 00Minit
  • 00Saat

Artikel

Amalan Sunat Hari Arafah, Peluang Emas Sebelum Aidiladha

Amalan Sunat Hari Arafah, Peluang Emas Sebelum Aidiladha

Hari Arafah, iaitu 9 Zulhijjah, merupakan hari yang sangat mulia dalam Islam. Ia adalah kemuncak musim haji, hari di mana jutaan jemaah berkumpul di Padang Arafah untuk wukuf, rukun paling utama dalam ibadah haji. Bagi kita yang tidak menunaikan haji, Hari Arafah juga adalah peluang besar untuk kumpul pahala dan amalan sunat yang luar biasa ganjarannya.

5 Amalan sunat Hari Arafah termasuk puasa, doa, zikir, membaca Al-Quran dan bersedekah

5 Amalan Sunat Hari Arafah

1. Berpuasa Hari Arafah

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:


يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang
Riwayat Muslim (1977)

Best part? Anda boleh ‘tebus’ dosa-dosa kecil 2 tahun hanya dengan 1 hari puasa.

Amalan sunat Hari Arafah adalah berpuasa hari arafah

2. Banyakkan Zikir & Istighfar

Hari Arafah adalah antara waktu paling afdal untuk memperbanyak berzikir.

  • Tasbih: سُبْحَانَ الله (Maha Suci Allah)
  • Tahmid: الْحَمْدُ للهِ (Segala Puji Bagi Allah)
  • Tahlil: لاَ إِلَهَ إِلَّاالله (Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah)
  • Takbir: الله أكبر (Allah Maha Besar)

Dan jangan lupa istighfar, kerana ia membuka pintu pengampunan dan rezeki.

Amalan sunat Hari Arafah adalah berzikir dan istighfar

3. Berdoa Bersungguh-Sungguh

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.
Riwayat al-Tirmizi (3509)

Hari Arafah = waktu terbaik untuk:

  • Doa mohon rezeki & jodoh
  • Doa untuk ibu bapa & anak-anak
  • Doa untuk umat Islam & saudara di Palestin
  • Doa agar diterima sebagai tetamu Allah (haji & umrah)

Tip: Siap sedia senarai doa peribadi anda dari sekarang!

Amalan sunat Hari Arafah adalah berdoa bersungguh-sungguh

Baca Doa Hari Arafah Yang Boleh Diamalkan

4. Baca al-Quran & Tadabbur

Hari Arafah sangat sesuai untuk luangkan masa dengan al-Quran. Walaupun sekadar 1-2 muka surat, cuba baca perlahan-lahan sambil hayati maksud.

Bacaan yang dicadangkan:

  • Surah al-Kahfi
  • Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas
  • Zikir-zikir dari al-Ma’thurat
Amalan sunat Hari Arafah adalah baca al-quran dan tadabbur

5. Bersedekah (termasuk sedekah daging)

Amalan sedekah pada Hari Arafah sangat disukai Allah. Bahkan ada ulama mengaitkan amalan korban, infak, dan sedekah pada 10 Zulhijjah dengan kelebihan luar biasa. Bersedekah juga dapat menyucikan harta serta membuka pintu rezeki.

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk);
At-Taubah:103

Kalau tak mampu korban, boleh sertai sedekah daging serendah RM30 dan pahalanya tetap besar!

Amalan sunat Hari Arafah adalah bersedekah

Kesimpulan

Hari Arafah bukan hari biasa. Ia hari pembebasan daripada neraka, pengampunan dosa, dan peluang ganjaran besar. Jangan sia-siakan peluang emas ini.

✔️ Puasa
✔️ Zikir & doa
✔️ Sedekah
✔️ Baca Quran
✔️ Mohon keampunan