Ibadah korban adalah amalan yang sangat disukai Allah, khususnya pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya: bila sebenarnya hari terakhir untuk melaksanakan ibadah korban?
Jawapannya: Hari Tasyrik Terakhir, Iaitu 13 Zulhijjah
Berdasarkan pandangan jumhur ulama, waktu pelaksanaan ibadah korban bermula selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah, dan berakhir sebelum Maghrib pada 13 Zulhijjah. Ini bermakna:
Tempoh masa korban:
10 Zulhijjah (selepas solat sunat Aidiladha)
hingga
13 Zulhijjah (sebelum terbenam matahari)
Dalil Pelaksanaan Korban Hingga 13 Zulhijjah
Rasulullah SAW bersabda:
“Seluruh hari-hari Tasyrik adalah waktu untuk menyembelih korban.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Hari Tasyrik ialah 11, 12 dan 13 Zulhijjah, menjadikan hari terakhir korban adalah 13 Zulhijjah sebelum Maghrib.
Kenapa Jangan Tunggu Saat Akhir?
Ramai yang suka tunggu hari terakhir, tapi hakikatnya:
- Slot korban di banyak tempat akan penuh lebih awal
- Risiko logistik dan sembelihan jadi lambat atau tertunda
- Kita boleh terlepas ganjaran pahala jika tidak segera bertindak
Apa Yang Patut Anda Buat Sekarang?
Jika anda belum daftar ibadah korban tahun ini, segerakan hari ini juga.
Jangan tunggu 13 Zulhijjah baru nak cari tempat korban.
Pastikan tempat pilihan anda:
- Sah dari sudut syarak
- Jelas bukti penyembelihan
- Telus dalam agihan daging kepada yang memerlukan
Nak Lakukan Korban di Kawasan Miskin Tegar dan Pedalaman?
Korban Ikhlas membuka peluang untuk anda berkorban di lokasi seperti Sabah, Sarawak dan India, yang benar-benar memerlukan.
Bukti sembelihan disediakan
Daging diagihkan kepada yang memerlukan
Haiwan korban cukup umur dan sihat